Friday 3 November 2017

PENGENALAN

"Hidup di TOMODACHI sebagai budak praktikal"

Tomodachi atau dikenali juga sebagai Mobile BookCafe (MBC) adalah sebuah perniagaan menjual buku secara bergerak. Kedai buku berupa van yang telah diubahsuai menjadi sebuah kedai buku. MobileBookCafe bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain untuk menjual buku. Selain membawa buku, juga membawa penulis untuk menemui pembeli dan pembaca.

Okay start cerita... 

Bismillah,


Masani tinggal cuma 2 minggu lebih nak start praktikal. 'Big Boss' nak jumpa semua yang praktikal dekat bawah dia untuk berkenalan dan bagi tugas yang sesuai.
Okay kita kasi flashback sikit masa nak minta praktikal dekat sini. Sejujurnya MBC ni dikenalkan oleh kelasmet (classmate) aku. sebab masatu aku struggle cari tempat tapi tak dapat lagi. Kawan suruh try minta. So cuba jelah, manatahu rezeki kat situ... ye dok ? 

... cubaan pertama call 'Big Boss' ...
me: (call) 📱 Assalamualaikum, saya blablabla dari poli blablabla. Nak tanya syarikat encik ada terima pelajar praktikal ke ? dalam bidang programming...
'Big Boss': dah jawab salam semua. yeye ada terima. 
me: ohh... ada kekosongan lagi ke kalau saya nak praktikal kat tempat encik ?
'Big Boss': ada... tapi kalau boleh saya taknak ambik yang sama tempat belajar. Sebab taknak bising. 
(wehh,, masani macam rasa takut nauzubillah.. sebab suara 'Big Boss' macam tegas semacam. lagi2 bila dia cakap taknak setempat semua.)
'Big Boss': okay takpelah, nanti kita akan call semula lah kalau nak terima ...

hmm.. masatu dah rasa (okay tahu dah tak dapat 😔)

petang tu pulak kengkawan ajak g pantai... kengkawan macam tahu2 je hati ni tak tenang sebab tak dapat tempat praktikal lagi. 
guess what weh ?
'Big Boss' wasap... 

'Big Boss': masih berminat untuk praktikal di tempat kami ?
me: ye cik. masih berminat. (dengan harapan tinggi sangat weh masani)
'Big Boss': apa expectation ?
(sudah. waktu  untuk interview 😱)
soalan2nya berbentuk...
> nak guna website guna language apa?
> grafik boleh buat tak?
(kita mestilah yakinkan orang dengan kebolehan kita kan... jadi jawab dengan yakin lah...)

'Big Boss': okay kami terima saudari LI di tempat kami.

(huh wehhh tarik nafas lega... tidur tersenyum malamtu...😄 Alhamdulillah)





2 comments:

Day 16

"Hidup di  TOMO DACHI  sebagai budak praktikal" memandangkan harini hari sabtu kan... mood pun dah cuti... jadi buat kerja ...