Wednesday, 29 November 2017

SADO

"Hidup di TOMODACHI sebagai budak praktikal"


cuaca mendung2 je kat luar nuh... buat aku jadi liat nak bangkit... tapi apakan daya, skrg ni dah kategori bekerja kan... takde dah wasap masuk, "kelas cancel", "kelas tunda minggu depan". no way dah weh... kalau nak merasa lagi, g sambung belajar lagi HAHAHA... k cakap pasal mendung2 ni baju kat luar habis kuyup sebab semalam hujan and tak berangkat... haih lah anak dara... apa nak jadi... 😪😪😪

harini ambik masa sekejap je nak bersiap... sebab baju tudung semua dah siap gosok malam tadi lagi... jadi no hal lah... lagi2 bila pakai shawl menjadi ni... baik mood tudung aku harini... boleh lah semangat nak cecantik kalau semuanya okay je... HOHOHO

tapi harini pakcik lambat 15 minit pulak...

takpelah... kesian juga... patutnya waktu2 dgn usia yg agak veteran patutnya dah berehat... tapi pakcik ni lain sikit... fizikal nampak sangat veteran, tapi dalaman dia kuat betul... bekas tentera wehhh... gila tak sado HUHU

kat ofis harini kitorang semua sambung kemas buku dekat bahagian rak lain pulak sebab dekat sini kebanyakan buku memang dah selerak sangat and ada yang tak duduk dekat tempat dia sendiri... barangkali staf lama yang buat... tapi takpelah atleast ada kerja...

habis praktikal mau sado tangan ni sebab angkat buku yang berat2 je... lepastu bawak ke sana sini susun dalam rak pulak... kalah Aaron Aziz esok... HAHAHA

lepastu, masa zohor pulak semua decide nak berenti sambung hari lain pulak nak susun buku yang selebihnya tuu... masing2 dah barai... sebab sampai je ofis terus buat kerja non stop... muka pun dah macam cuka... HAHAHA

lepas zohor, takde apa nak di buatkan... sebab buku yang lain tu kitorang dah plan nak sambung esoknya... jadi ambik peluang update blog ler...

ni je cerita untuk hari ketiga... belum mencabar lagi... bulan cuti sekolah nii kita lek lek luhhh... nak tahu kenapa relaks? haa tunggu lah cerita akan datang pulak... 😏😏😏 BYE  


No comments:

Post a Comment

Day 16

"Hidup di  TOMO DACHI  sebagai budak praktikal" memandangkan harini hari sabtu kan... mood pun dah cuti... jadi buat kerja ...